License.txt Driver File Contents (L395_EScan2_6240_LA.exe)

ÿþSEIKO EPSON CORPORATION

PERJANJIAN LESEN PERISIAN



PENTING! BACA PERJANJIAN LESEN PERISIAN INI DENGAN TELITI. Produk perisian komputer, perisian fon, rupa huruf dan/atau data, termasuk mana-mana bahan penerangan bertulis yang disertakan ("Perisian") hendaklah dipasang atau digunakan oleh Pemegang Lesen ("anda") sahaja dengan syarat anda bersetuju dengan terma dan syarat SEIKO EPSON CORPORATION ("EPSON") yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Dengan memasang atau menggunakan Perisian, anda mewakili untuk bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian. Anda hendaklah membaca Perjanjian ini dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan Perisian. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian ini, anda tidak dibenarkan untuk memasang atau menggunakan Perisian.



1. Lesen. EPSON dan pembekalnya memberikan anda lesen terhad peribadi, bukan eksklusif, bebas royalti, tidak boleh diberikan sublesen untuk memasang dan menggunakan Perisian pada mana-mana satu komputer atau komputer-komputer yang anda ingin gunakan secara langsung atau melalui rangkaian. Anda boleh membenarkan pengguna komputer lain yang bersambung kepada rangkaian untuk menggunakan Perisian, dengan syarat anda (a) memastikan bahawa semua pengguna tersebut bersetuju dan terikat kepada terma dan syarat Perjanjian ini, (b) memastikan bahawa semua pengguna tersebut menggunakan Perisian hanya sehubungan dengan komputer dan berkaitan dengan rangkaian yang mereka bentuk dan (c) melindungi dan menjaga seluruh EPSON dan pembekalnya terhadap kerosakan, kerugian, kos, perbelanjaan dan liabiliti yang boleh dikenakan kepada EPSON atau pembekalnya akibat daripada kegagalan pengguna tersebut untuk mematuhi serta melaksanakan terma dan syarat Perjanjian ini. Anda boleh juga membuat salinan Perisian jika diperlukan untuk tujuan sandaran dan arkib, dengan syarat notis hak cipta dikeluarkan semula sepenuhnya pada salinan sandaran. Istilah "Perisian" merangkumi komponen perisian, media, semua salinan yang dibuat oleh anda dan sebarang naik taraf, versi yang diubah suai, kemas kini, penambahan dan salinan Perisian yang dilesenkan kepada anda oleh EPSON atau pembekalnya. EPSON dan pembekalnya memiliki semua hak yang tidak diberikan di sini.



2.Hak-hak lain dan Batasan. Anda bersetuju untuk tidak mengubah suai, mengadaptasi atau menterjemah Perisian. Anda juga bersetuju untuk tidak mencuba membina kembali, menyahkompil, menyahhimpun atau sebaliknya cuba mencari kod sumber Perisian. Anda tidak boleh berkongsi, menyewa, memajak, menghalang, memberi sublesen atau meminjamkan Perisian. Walau bagaimanapun, anda boleh memindahkan semua hak anda untuk menggunakan Perisian kepada orang lain atau entiti yang sah dengan syarat anda memindahkan Perjanjian, Perisian, termasuk semua salinan, kemas kini dan versi sebelumnya, kepada orang atau entiti tersebut dan anda tidak menyimpan salinan, termasuk salinan yang disimpan pada komputer. Walau bagaimanapun, sesetengah negeri atau bidang kuasa perundangan, tidak membenarkan sekatan atau had dalam memindahkan Perisian, oleh itu had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda.



3.Pemilikan. Hak, hak pemilikan dan hak harta intelek dalam dan kepada Perisian serta sebarang salinan daripadanya akan kekal bersama EPSON atau pembekalnya. Tiada pemindahan kepada anda dalam sebarang hak milik kepada atau pemilikan Perisian dan Lesen ini hendaklah tidak ditafsirkan sebagai jualan sebarang hak dalam Perisian. Perisian ini dilindungi oleh Undang-undang Hak Cipta Jepun dan perjanjian hak cipta antarabangsa, begitu juga undang-undang serta perjanjian harta intelek yang lain. Melainkan sebaliknya dinyatakan dalam Perjanjian ini, anda tidak boleh menyalin Perisian. Anda juga bersetuju untuk tidak mengeluarkan atau mengubah suai sebarang hak cipta dan notis hak milik yang lain pada sebarang salinan Perisian.



4. Perlindungan dan Jaminan. Anda bersetuju untuk memberikan usaha terbaik anda dan mengambil semua langkah yang berpatutan untuk menjaga keselamatan Perisian bagi memastikan tiada pihak yang tidak dibenarkan mempunyai akses kepadanya dan tiada salinan, terbitan, pendedahan atau agihan tanpa kebenaran mana-mana Perisian dilakukan. Anda memperakui bahawa Perisian tersebut mengandungi maklumat bernilai, sulit dan rahsia perdagangan, bahawa penggunaan dan penyalinan tanpa kebenaran adalah berbahaya kepada EPSON dan pembekalnya dan anda mempunyai tanggungjawab kerahsiaan terhadap maklumat bernilai dan rahsia perdagangan tersebut.



5. Jaminan Terhad. Sekiranya anda memperoleh Perisian melalui media daripada EPSON atau penjual, EPSON menjamin bahawa media di mana Perisian direkodkan adalah bebas daripada kecacatan dalam mutu kerja dan bahan di bawah penggunaan biasa untuk tempoh 90 hari daripada tarikh ia dihantar kepada anda. Sekiranya media dipulangkan semula kepada EPSON atau penjual di mana media tersebut diperoleh dalam tempoh 90 hari daripada tarikh penghantaran kepada anda dan sekiranya EPSON menentukan bahawa terdapat kecacatan pada media dan dengan syarat media tidak disalah guna, dirosakkan, salah penggunaan atau digunakan dalam peralatan yang rosak, EPSON akan menggantikan media, setelah anda mengembalikan Perisian kepada EPSON, termasuk semua salinan daripada mana-mana bahagian Perisian. SEMUA JAMINAN TERSIRAT PADA MEDIA INI, TERMASUK JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ADALAH TERHAD KEPADA TEMPOH JAMINAN TERSURAT YANG DITETAPKAN DI ATAS.



Anda memperakui dan bersetuju bahawa penggunaan Perisian adalah pada risiko anda sepenuhnya. PERISIAN DIBERIKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN TANPA SEBARANG BENTUK JAMINAN. EPSON DAN PEMBEKALNYA TIDAK AKAN DAN TIDAK BOLEH MENJAMIN PRESTASI ATAU HASIL YANG ANDA PEROLEH DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN ITU. PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS MENYATAKAN SATU-SATUNYA REMEDI DAN REMEDI EKSKLUSIF PELANGGARAN JAMINAN EPSON DAN PEMBEKALNYA. KECUALI UNTUK JAMINAN TERHAD YANG DISEBUT DI ATAS, EPSON DAN PEMBEKALNYA TIDAK MEMBERI JAMINAN, TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERHADAP BUKAN PELANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK SEBARANG TUJUAN TERTENTU. Sesetengah negeri atau bidang kuasa perundangan tidak membenarkan pengecualian jaminan tersirat atau had bagi tempoh jaminan tersirat boleh berlanjutan, oleh itu had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Jaminan ini memberikan anda hak undang-undang yang tertentu. Anda boleh memiliki hak lain yang berbeza-beza dari negeri ke negeri atau bidang kuasa ke bidang kuasa.



EPSON ATAU PEMBEKALNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA DALAM APA JUA KEADAAN, SAMA ADA YANG TIMBUL SEMASA DI BAWAH KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI YANG KETAT, PELANGGARAN ATAU JAMINAN, SALAH GAMBARAN ATAU SEBALIKNYA, UNTUK SEBARANG KEROSAKAN LANGSUNG, TURUTAN, SAMPINGAN ATAU KHAS, TERMASUK SEBARANG KERUGIAN KEUNTUNGAN ATAU KERUGIAN SIMPANAN, WALAUPUN SEKIRANYA EPSON, PEMBEKALNYA ATAU MANA-MANA WAKIL TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT, ATAU UNTUK SEBARANG TUNTUTAN OLEH PIHAK KETIGA. Walau bagaimanapun, sesetengah negeri atau bidang kuasa perundangan, tidak membenarkan pengecualian atau had kerosakan sampingan, turutan atau kerosakan khas, oleh itu had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda.



6. Penamatan. Tanpa prejudis terhadap sebarang hak lain yang dimiliki EPSON, Perjanjian ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya anda gagal mematuhi termanya. Anda boleh juga menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan menyahpasang dan memusnahkan Perisian dan semua salinannya.



7. Sekatan Eksport. Anda bersetuju untuk tidak memindahkan, mengeksport atau mengeksport semula Perisian dan sebarang data atau maklumat yang anda peroleh daripada EPSON atau menggunakan Perisian tanpa lesen yang betul di bawah undang-undang Jepun, sekatan dan peraturan, atau undang-undang bidang kuasa di mana Perisian diperoleh.



8. Undang-undang yang Mengawal dan Peruntukan Umum. Perjanjian ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan di bawah undang-undang Jepun tanpa mengira percanggahan peraturan undang-undangnya. Perjanjian ini ialah keseluruhan perjanjian antara pihak berkaitan dengan Perisian dan menggantikan sebarang pesanan pembelian, komunikasi, pengiklanan atau perwakilan berkaitan Perisian. Perjanjian ini hendaklah diikat dan dimanfaatkan oleh pihak terlibat dan pengganti, penerima serah hak dan wakil yang sah mereka masing-masing. Sekiranya sebarang peruntukan yang terdapat di sini dibatalkan atau tidak boleh dilaksanakan, peruntukan ini tidak akan mempengaruhi kesahihan Perjanjian yang selebihnya, yang seharusnya kekal sah dan boleh dilaksanakan mengikut termanya. Perjanjian ini hanya boleh diubah suai secara bertulis dengan ditandatangani oleh pegawai EPSON yang disahkan.



9. Pengguna Akhir Kerajaan A.S. Sekiranya anda mendapatkan Perisian ini bagi pihak mana-mana unit atau agensi Kerajaan Amerika Syarikat, peruntukan berikut dikenakan. Kerajaan bersetuju: (i) sekiranya Perisian di bekalkan kepada Kementerian Pertahanan (DoD), Perisian ini diklasifikasikan sebagai "Perisian Komputer Komersial" dan Kerajaan memperoleh hanya "hak terbatas" dalam Perisian dan dokumentasinya kerana terma itu ditakrifkan dalam Klausa 252.227-7013(c)(1) DFARS; dan (ii) sekiranya Perisian ini dibekalkan kepada mana-mana unit atau agensi Kerajaan Amerika Syarikat selain daripada DoD, hak Kerajaan dalam Perisian dan dokumentasinya adalah seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 52.227-19(c)(2) FAR atau, sekiranya NASA, dalam Klausa 18-52.227-86(d) penambahan NASA kepada FAR.





10. Sambungan Internet. Perisian mungkin memiliki kemampuan untuk menyambung melalui Internet bagi menghantar data dan/atau maklumat kepada dan daripada komputer anda berkaitan perkakasan dan/atau perisian EPSON yang anda gunakan ("Produk EPSON") termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat model Produk EPSON, negara/wilayah tempat anda tinggal, keadaan Produk EPSON, dsb. EPSON boleh mengubah item data tersebut dan/atau maklumat tanpa kelulusan awal anda. EPSON tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tanpa keizinan anda. Walau bagaimanapun, EPSON boleh, menggunakan maklumat bukan peribadi yang boleh dikenal pasti untuk tujuan statistik bagi meningkatkan tahap perkhidmatan yang kami berikan kepada pengguna kami. Sekiranya anda bersetuju untuk memasang Perisian, sebarang penghantaran kepada atau daripada Internet akan menurut Dasar Privasi semasa EPSON yang disediakan dalam laman Internet EPSON.



11.Mengemas kini Versi Perisian. Perisian mungkin memiliki kemampuan untuk menyambung melalui Internet kepada pelayar EPSON atau sebarang pihak ketiga yang diamanahkan oleh EPSON untuk mengemas kini versi perisian (i) secara automatik atau (ii) dengan keizinan anda terlebih dahulu. Perisian yang dikemas kini tersebut hendaklah dianggap sebagai Perisian dan dikawal oleh Perjanjian ini.







EPSON EULA MS 10/30/2009 



Download Driver Pack

How To Update Drivers Manually

After your driver has been downloaded, follow these simple steps to install it.

  • Expand the archive file (if the download file is in zip or rar format).

  • If the expanded file has an .exe extension, double click it and follow the installation instructions.

  • Otherwise, open Device Manager by right-clicking the Start menu and selecting Device Manager.

  • Find the device and model you want to update in the device list.

  • Double-click on it to open the Properties dialog box.

  • From the Properties dialog box, select the Driver tab.

  • Click the Update Driver button, then follow the instructions.

Very important: You must reboot your system to ensure that any driver updates have taken effect.

For more help, visit our Driver Support section for step-by-step videos on how to install drivers for every file type.

server: web5, load: 1.08